Rabu, 25 April 2012

Perkara Yang Korang Kena Tahu kalau nak pakai Braces :)

      Assalamualaikum

Setiap kali tukar formspring mesti terima banyak soalan , 'sakit tak pakai braces?' 'kene cabut gigi kan?' Act orang Malaysia ni ada sifat fobiass nak menjejakkan kaki jumpa Dentist :) Siapa tak takut jumpa dentist,  macam-macam godaan kalau kita nak buat sesuatu yang baru , 'jangan wei,sakit nanti kau kene makan bubur je' .. Ahh persyaitonn kan semua kata-kata dengki tu !

Sebenarnya hari ni rasa free sangat dan rindu nak bebel sorang-2 dekat blog nie .Nak cerita kehidupan bengkang-bengkok seorang  gadis bergigi besi :p Aku nak cerita mcm mana aku boleh masuk dalam dunia braces nie semua, masa tu darjah 6 biasa la kan dulu klinik gigi selalu dtg sekolah buat rawatan gigi utk adik-2 comel masa tu ;) Mungkin takdir , haha ayat nak propa je .. turn aku baring dkat kerusi tu,*nebes kot* jujur aku cakap dari darjah 1 sampai darjah 6 gigi aku tak pernah mintak utk di cabut, di tampal mahupun di gerudi . bangga wei , gelik je. haha . Amalkan cara jaga gigi dengan elok insyaAllah gigi tak mintak utk di cabut, hihi .. 

Straight to the point , jauh menyimpang dah :) Ok lepas bangun je dari kerusi nurse tu tanya, 'adik tak nak pakai braces,gigi adik dah cukup' Aku pon senyum tersipu-2 malu, kehkeh ~ aku pun tanya, 'macam mana nak pakai?' haha bengap nye soalan -.-' Then dia kata adik pergi Klinik gigi adik buat rawatan semua cakap nak pakai braces. Balik sekolah punya semangat cerita semua dekat mama.Tengok mama pun macam nak je kan kan? ;) suka tawu. Aku pakai braces ni sebenarnya gigi aku simpang siur macam bukit putus *bayangkan cepat ! haha. Sekarang dah rata tahu? rata macam highway bukit putus tu, LURUS je. Start buat rawatan lepas upsr sampai form 1 , nak bg tau sebenanya aku buat goverment sbb pegerakan gigi masih lagi soft sperti orangnya , harhar.. Act goverment 700 je. kalau parents yg keje goverment lg best FREE shj tau ? tapi kene sabar la tnggu sbb ramai, faktor utama mybe murah kot daripada swsta yang akan main 1K 2 K mahupun 4.5k. best lagi pg shoping tawu ;) Pengalaman ni mngkin tak dapat di jual beli mahupun di lelong, haha ayat nak kene flying kick je kan? sembang je tak guna , jom baca pengalaman aku yg agak adventure nie, geli ? ( aku pon, Geli ! )

SAKIT TAK PAKAI BRACES?
Kalau aku kata tak sakit. penipu. nampak sangat aku nak promote orang pakai braces haha! Sakit oi. Tapi mula-mula je la. Sakit dia tolerable. Kalau korang pakai braces, ada 4 jenis kesakitan yang korang bakal alami. 

1. SAKIT BILA PAKAI SEPARATOR - separator ni adalah penjarak gigi. orthodontic akan letak separator kat in between gigi geraham korang yang kuat tu supaya gigi korang jarak-jarak sikit. Separator ni dipakai before orthodontic fix braces kat gigi korang. Kiranya rasa sakit tu sekali je. Tahap kesakitan adalah melampau sampai tak boleh nak makan apa-apa. Lama kesakitan : 3-5 hari

2. SAKIT SEBAB ADA ULCER - ulcer ataupon nama kampongnye mate ikan akan mula menumbuhi mucous membrane, justin bibir & lidah. Aku pernah cipta rekod 7 ulcer dalam satu masa. Tahap kesakitan adalah tahap tahap ayam jer kalau nak dibandingkan dengan kesakitan yang dialami ketika memakai separator. Kenapa boleh ada ulcer? Good question ladies & gentlemen. Sebab braces tu adalah besi yang dianggap foreign matter oleh cik mulut. Lagi satu, cik mulut menghadapi masalah adaptation yang menyebabkan brackett braces berlanggar-langgar dengan anatomy cik mulut anda. Lama kesakitan : 1minggu atau lebih bergantung kepada kehebatan cik mulut mengadaptasi

3. SAKIT SETIAP KALI FOLLOW UP SEBAB WIRE TERLALU KETAT - kesakitan ini akan datang menghampiri anda setiap kali anda balik dari follow up (sebulan sekali). Orthodontic akan ketatkan wire supaya gigi anda rapat. Tahap kesakitan bergantung kepada berapa ketat orthodontic tu bikin. Rasa sakit dia macam gigi nak luruh. Lama kesakitan : 1-2 hari.

4. SAKIT SEBAB CABUT GIGI - haa yang ni ramai orang cuak. cabut gigi memangla sakitkan sebab gigi tu sihat, utuh & cekal. Tapi apalah sangat cabut gigi sebatang dua untuk kecantikan yang abadi betol? Bagi aku semua ni bergantung kat kecekalan semangat kita. Kalau ko pikir sakit-sakit dah tentu arah la sakit. Cuba la sekali sekala korang pikir, alangkah indahnya cabut gigi, akan kucuba jadikannya satu hobi di waktu senggang. Kan? Aku dulu kena cabut 2 gigi. Geraham ok. Sebelum cabut gigi, kena 4 injection anestesia. Nasihat aku, 30 minit sebelum cabut gigi, telan pain killer & jangan tengok jarum. Yang penting, tabah bro!



MAHAL TAK BUAT BRACES?
 Tak sure , begantung tempat yang korang buat. Tapi dia depends jugak orthodontic nak ganti apa, wire/brackett/band etc. Goverment murah kene sabar tunggu je :)


SUSAH TAK NAK JAGA BILA PAKAI BRACES NI?
Tak susah. Yang penting follow up jangan miss ok. Follow up tu penting untuk determine progression gigi. Anyway, sebab pakai braces, jadi aku pakai 2 jenis tooth brush. 1 yang khas untuk braces (boleh cari kat guardian/watson) & 1 lagi interdental. Sebab pakai braces, makanan senang terlekat kat brackett, so it is advisable untuk beli interdental toothbrush supaya senang nak remove plaque. Aku kalau gosok gigi lama kot. 10 minit jugaklah. Lepas tu terus rasa penat, malas nak mandi LMAO. Oh ya, aku pergi mana-mana mesti bawak mineral water. You dont want that broccoli to stuck on your brackett dont you?



SEGAN TAK PAKAI BRACES?
Bangga. Asal nak segan? Eh jap jap pernah jugak segan masa cabut gigi tu kan. Gigi gongak wakakaka. Tapi bila gigi dah mula teratur, thats the sweetest thing ever baby. Memang la aku nak senyum sampai telinga. The thing is, bila korang pakai braces, orang akan pandang korang like korang ni alien. Korang kena cekal & build up your confidence level. Dorang pandang tu bukan sebab korang nampak bodoh atau buruk. Tapi its just that, braces tu jarang orang pakai & people tend to stare & menghayati keunikan braces itself LOL ! 



Aku pakai braces since form 2 bulan 1 sampai sekarang dah form 5, tak tahu bila nak bukak,Ayooo -.-' dah rata tak sabar nak bukak , kawan kawan selau acukan soalan bila nak bukak malinda ? kalau lah boleh bukak sendiri dah lama dah. hikhik.Harap dapat membantu korang sedikit sebanyak, kalau ada yang dah pasang niat nak pakai go on , don't look-2 back , hihihi . 
Anyway, bagi aku pakai braces takdelah teruk mana pon. Takdelah sakit sangat. Sakit kejap je lepas tu okdah. Macam sekarang ni, memang aku dah tak rasa sakit langsung. Ulcer pon dah lama takde. Mungkin 6 bulan yang pertama je kot rasa uncomfortable lepas tu korang rasa selesa sampai rasa sayang nak bukak! So pada sapa yang nak berbraces tu, sila teruskan niat anda! Akhir kata, yang baik datang dari Allah & yang buruk itu datang dari saya sendri. Take care!


Nak tengok gambar aku pakai braces, tunggu nanti ae,update ni pun pakai komputer, gamba tu dekat Lappy , So enjoy :D


Tiada ulasan:

Catat Ulasan